Kota Tinggi - Hujan Lebat tidak menghalang pasukan Kota Tinggi untuk beraksi cemerlang di hadapan penyokong sendiri apabila layak ke pertandingan akhir Piala Sultan Johor apabila berjaya menewaskan pasukan Ledang dengan jaringan 3-1
Walaupun pasukan ledang mendahului melalui jaringan Mohd Nizam Bakar yang menewaskan penjaga gol kota tinggi setelah berjaya menampan sepakkan penalti yang di ambil oleh Mohd Nazif Zainal. Namun begitu pasukan Kota Tinggi berjaya bangkit dan menjaringkan gol melalui sepakan penalti diminit ke 31 melalui pemain No.20 Lokmal Hakim Mohd Yusof setelah pemain kota tinggi di kasari oleh pemain pertahanan pasukan Ledang.
Johor Bahru-Pasukan Kota Tinggi berjaya menjadi juaraPiala Tunku Mahkota Johor apabila berjaya menundukkan pasukan Kulaijaya 4-1 dalam pertemuan terakhir Liga Johor 2010. Kemenangan ini sekaligus menamatkan hajat besar pasukan Johor Bahru untuk merampas piala liga walaupun berjaya menewaskan pasukan Muar dengan jaringan 3-0.
Johor Bahru - Kehangatan saingan Liga Johor semakin membahang apabila memasuki pertengahan saingan untuk merebut 6 tempat teratas carta liga bagi membolehkan pasukan-pasukan untuk bersaing di pertandingan Piala Sultan yang akan bermula pada bulan Disember,2010 ini.
Pasukan-pasukan yang bersaing di dalam Liga Johor ini semakin menunjukkan peningkatan dalam permainan masing-masing. Saingan masih terbuka kepada semua pasukan memandangkan tiada pasukan yang mampu memonopoli persaingan khusus bagi merebut enam slot terakhir ke Piala Sultan.
Saingan liga Johor kini memasuki perlawanan ke tiga pada hari sabtu 16 Oktober,2010. Pasukan pendahulu liga Kota Tinggi akan menghadapi tentangan apabila bertandang ke Ledang. PasukanLedang yang mempunyai motivasi tinggi setelah menumpaskan Mersing 5-1 sudah tentu tidak melepaskan peluang untuk menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri.
Saingan liga johor yang telah memasuki perlawanan kedua semakin rancak berlangsung. Beberapa keputusan di luar dugaan telah tercatat dalam saingan 5 perlawanan liga yang berlangsung kelmarin. Kota Tinggi mengungguli carta liga apabila berjaya mengalahkan Batu Pahat dengan jaringan 2-1. Ledang berpesta gol apabila berjaya meratah mersing dengan 5 gol berbalas 1, Pontian berjaya mengekang pasukan Johor Bahru di saat akhir apabila seri 1-1 di perlawanan yang berlangsung di Pontian. Segamat gagal mengunakan kesempatan sebagai tuan rumah apabila hanya mampu seri dengan Kulaijaya 1-1, Muar terus lesu apabila gagal menyaingi pasukan Kluang di gelanggang sendiri apabila tewas 0-2 dan terus berada di tangga tercorot liga.